BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 18

tips cpt kawen ! :)





mai cek oi mai cek mai.. bce post nie !hahhaha . saia mau kongsi bbrape tips tok sape2 yg na kawen cpt ! hahahhaha
 tp bg sape2 yg da  GATAL LA  HAHAHHAHA




1. Kurangkan berdating datong.
Aiks. Datong? Apa tuh? Abaikan. Okey. Teruskan dengan sesi tips. Nape kena kurangkan dating? Salah satu dapat kumpul duit lebih banyak sikit dari biasa. Macam mana lah nak kahwin cepat kalau tiap-tiap minggu keluar dating lepas tuh pergi melantak KFC lah, McD lah, Pizza lah, Secret Recipe lah dan makanan seumpama yang mahal-mahal. Duit tuh korang leh simpan tau buat tambah-tambah duit hantaran. Tak pun duit walimatulurus nanti. Lain la bouyafren a.k.a bakal hubby korang tuh anak korang KAYA. No Wonder lah. I want nobody, nobody but u. Aiks. Melalut sudah. Tu salah satu. Bak kata Ibu saya, kalau jumpa selalu hilang seri beb. Serius. Ini tak tipu. Pernah nampak pengantin tak de seri? Bukan sebab dia tak makan kuih seri muka tapi sebab selalu sangat berjumpa sebelum kahwin. Erk. **blushing.









2. Jangan beli benda yang rasa tak perlu.
Benda tuh dah ada, elok lagi. Yang p beli lagi perabih duit tuh sape suh. Simpan kan bagus. Wat tambah-tambah duit kahwin. Tak lah nanti sesak. Nanti lepas kahwin kalau tak da duit jangan nak makan pun susah, nak bernafas lagi lar tak boleh. huhuhu.

3. Makan kat rumah lagi afdal.
Owh. Set kan kat minda bahawa makanan kat luar tuh semuanya tak sedap belaka. Makan kat rumah lagi best. Lagi sedap walau korang masak tak sedap. Telan aja. Yang penting bajet nak kahwin tak lari jauh sampai terpaksa kejar dengan berkaki ayam.

4. Gol mesti ada.
Eh. Bukan gol yang nak masuk bola bila main bolasepak tau. Jangan menyimpang jauh. Kembali semula. Gol yang di maksudkan kat sini ialah set kan sesuatu masa yang korang nak kahwin bila. Jangan tak set. Bila korang tak set. Korang tak da inisiatif nak capai ke arah tuh. So, main-main jek lebih. Percayalah. Bila korang dah ade tarikh, paling tak pun time nak capai contohnya dalam masa 2 tahun ke. Bermakna korang ada target dan usaha korang mesti akan baik punya bila korang teringat kan target korang tuh. Cayalah. Set sekarang!

5. Fahami pasangan.
Owh. Perkara nih sangat penting. Tolong lah (bukan bentuk rayuan!) fahami pasangan korang. Lelaki fahami wanita. dan wanita fahami lelaki. Senang bukan. Tak susah pun. Apa kaitan fahami pasangan nih dengan nak kahwin cepat? Begini, kalau pasangan asyik push (bukan tolak menolak tapi dalam konteks paksa memaksa) antara satu sama lain. Nanti hubungan korang jadi pressure. So, bila pressure dah sampai takatnya macam darah tinggi tuh. Alamatnya tak kahwin lah korang nanti. Relax aja dalam perhubungan. Tenang. Cool. perkahwinan buka sesuatu yang perlu di paksa. Ia sesuatu yang perlu kita fikir. Bukan masa depan seorang tapi masa depan bersama. Betulkan?


then brula buleh married !!
weeeee~ eppie un2 .. 
hahahahha :)




No comments:

Post a Comment